02 February 2010

Gelagat Seorang Pengikut Yang Setia

Tertarik dengan ungkapan dari seorang ahli parlimen tempatan yang telah memetik kata-kata Sun Tzu, ahli falsafah yang terkenal dengan The Art of War.
Rakyat yang setia adalah rakyat yang mengkritik pemimpin secara terbuka.
Ada logiknya juga kerana dari pemerhatian seperti dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan penentuan sesuatu keputusan, ramai yang senyap tidak berani memberikan pandangan atau senyap sahaja apabila keputusan dibuat, tetapi apabila keluar dari mesyuarat, bukan main gelagatnya mengkritik keputusan yang telah dibuat itu atau secara senyap-senyap atau bisik-bisik memperlekehkan keputusan yang telah diambil oleh pemimpin. Mereka ini jugalah yang cuba menyabotaj pelaksanaan keputusan yang telah dibuat itu. Sebaliknya mereka yang memberikan pandangan secara terbuka dengan tujuan untuk mendapat satu keputusan yang baik untuk semua dapat tercapai akan berusaha dan bersama dengan pemimpin melaksanakan keputusan bagi mencapai matlamat yang dihajatkan.

1 comments:

mas anak bachik said...

Dalam parlimen macam2 gaya, ada juga "tin kosong" cakap berdegar2 tapi asyik nak kondem orang terdahulu bercakap. Mereka tak suka cakap awal kerana tak de modal. Di U dulu geng saya pn macam tu selalu dalam tutorial bercakap orang ke 1O sebab nak mengomen dan mengulung cakap orang. Mereka tak bersedia. Saya bersetuju kadangkala dalam mesyuarat semua senyap bukan kerana tak ada idea tetapi da malas dengan hubungan satu hala...da "get use" .Bagi saya perbalahan dan perdebatan menjadikan sesorang pemimpin itu matang kerana bersedia di kritik dari diam... ada makna...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...