03 February 2010

Mana Satu Yang Berbohong?

Body language yang ditunjukkan oleh yang dituduh dan saksi utama yang melapor dia telah menjadi mangsa kepada orang yang dituduh dalam satu kes mahkamah seperti yang dilaporkan oleh satu media maya sangatlah menarik perhatian saya berhubung siapakah yang bercakap bohong.
Ketika saksi utama yang melaporkan dia telah menjadi mangsa diminta mengecam orang yang dituduh. Saksi utama itu telah menunjuk ke arah orang yang dituduh dan yang dituduh tidak memandang ke arah saksi utama yang melaporkan dia menjadi mangsa itu.
Sebelum itu, ketika saksi utama yang melaporkan dia telah menjadi mangsa itu melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan muka saksi utama yang melapor dia menjadi mangsa itu berubah.
Dari pelakuan body language kedua-dua orang ini, yang mana satukah bercakap bohong berdasarkan teori psikologi manusia.
Adakah yang berbohong itu adalah orang yang dituduh yang tidak mahu memandang ke arah muka orang yang melaporkan dia telah menjadi mangsa kepadanya ketika mangsa itu sedang mengecamnya sebagai orang yang dituduh atau, saksi utama yang melaporkan dia telah menjadi mangsa itu berubah air muka apabila mendengar laungan bertaubatlah....

2 comments:

azhar ariffin said...

saya paling suke topik ini.. dunia diatas sedang melihat ape yg kita buat.. sedarlah wahai manusia sebelum terlambat.. hehe :D

mas anak bachik said...

Nepoleon memelok Islam bukan kerana kehandalannya berperang tetapi kebenaran, Asoka meninggalkan penderitaan peperangan kerana kebenaran lalu menjadi pendakwah Buddha. Anwar melawan kerana menolak pembohongan yang berterusan... Moralnya.. Tak perlu bercakap bohong kerana air muka adalah cermin kebenaran..Air muka juga anugerah Tuhan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...