09 May 2013

Cina Malaysia - Undi Yang Itu Dikata Bodoh, Undi Yang Ini Dikata Tak Mengenang Budi...Apa Lu Mau Lagi..!


Saya teringat dalam satu artikel oleh Raja Petra Kamaruddin yang ditulis di dalam blognya Malaysia Today yang mana beliau menemplak orang Cina Malaysia yang mengatakan orang Melayu tidak bersama melakukan UBAH. Menurut beliau orang Melayu sudah pun melakukan UBAH seawal PRU10 1999 apabila orang Melayu telah bangun menolak BN pada ketika itu, iaitu kesan dari pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan PM dan dikenakan hukuman penjara. Tetapi BN telah diselamatkan oleh orang Cina apabila mereka telah beramai-ramai keluar mengundi BN dalam PRU10, 1999 sehingga mendapat kemenangan 2/3 kerusi dalam Parlimen Malaysia. Kerana itu juga ramai pemimpin kanan pembangkang seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang telah ditewaskan oleh calon-calon muka baru BN.

Menurut Raja Petra, sekiranya orang Cina pada ketika itu bersama-sama dengan orang Melayu melakukan UBAH dan tidak mengundi BN sebaliknya mengundi parti-parti pembangkang nescaya kerajaan BN pada ketika itu sepatutnya sudah tumbang. Tetapi oleh kerana ketakutan dan kebodohan orang Cina, BN terselamat dan dapat terus memerintah dengan angkuh dan bermaharajalela. Sebaliknya orang Cina telah dimaki sebagai komunis, disuruh balik Tongsan, digertak dengan retorik sehingga dihunuskan senjata dan lain-lain apabila mereka cuba hendak menuntut sesuatu perkara dari kerajaan BN. Maka seperti kata Raja Petra, padan muka orang Cina kerana telah mengundi BN.

Kini dalam PRU13, 2013, orang Cina sekali lagi dipersalahkan apabila mereka bersama dengan rakyat Malaysia yang lain melakukan UBAH menolak BN sehingga digelarkan Tsunami Cina dan dimaki sebagai tidak mengenang budi dan berbagai makian lain yang tidak munasabah... Setiap kali dalam PRU apabila orang Cina mengundi BN, mereka dikata takut dan bodoh. Bila tidak memihak kepada BN mereka akan ditakutkan dengan tanggal Mei 13 dan ditemplak dengan persoalan... Apa Cina Mahu Lagi..!

Oh... Chinese Malaysian... till when you'll be the punching beg of these power crazy, corrupted and greedy politicians...who themselves have problems? What MCA, Gerakan and SUPP have done about this... and don't they know this is one of the main reasons these lackeys were abandoned and thrown out...!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...