18 May 2013

Beza Cinta Tanah Air & Cinta Penguasa


Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotisme. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti.

Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Pulau Pinang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.

Mungkin yang rakyat tidak suka itu ialah penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat oleh mereka yang memegang tampuk-tampuk tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.

Jadi mereka jangan cuba menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...