25 March 2011

Anda Punyai Enam Orang Lain Yang Seiras Dengan Anda!


Tahukah anda, anda mempunyai enam orang lain yang mempunyai wajah yang seiras dengan anda dalam dunia ini. Sekiranya anda adalah seorang ikon atau selebriti atau kaya raya atau apa-apalah yang boleh menyebabkan orang lain nak sangat menganiaya anda, maka berhati-hatilah kerana berkemungkinan besar ada orang akan mencari seorang daripada enam orang yang seiras itu untuk melakonkan adegan-adegan mengiurkan dan 'meletup' kemudian dihantarkan video adegan-adegan itu kepada anda dengan pos laju bersama dengan sekeping surat meminta anda meletakkan sekian banyak wang di suatu lokasi yang ditandakan.... atau meminta anda 'pencen' dari kerjaya anda...

Dalam dunia ini, apabila seseorang dah menjadi tamak dan taksub kepada sesuatu, semua perkara baik dan buruk yang tidak disangkakan boleh berlaku. Soal halal atau haram belakang kira, yang penting keghairahan yang sedang membuak, hasrat dan hajat yang sekian lama telah terpendam dan keinginan yang tidak dapat lagi dikawal dan yang sedang merah menyala tercapai!

Baca lagi artikel oleh Nazli Ibrahim di sini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...