26 November 2010

Cheng Ho Tak Kaut Harta - Nik Aziz


Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga.

Nov 26, 10 12:50pm

NONE
Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang tetapi pada masa yang sama kesempatan itu diguna untuk menyebar risalah Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Akhbar rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, berkata Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebagai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Baca lagi di sini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...