20 November 2009

Terima Keputusan 5A Depan Jenazah Ibu

Keputusan UPSR telah dimumkan semalam 19 November 2009. Dengar khabar ramai yang berjaya mendapat 5A atau 7A dan merasa girang dan gembira dan ada juga yang sampai menangis. Yang tidak dapat 5A atau 7A pun menangis kerana kecewa tidak dapat semua A. Apatah lagi yang dapat semua B, C atau campur-campur, mereka ini pun menangis juga kerana telah mengecewakan ibu bapa mereka atau harapan tinggi masing-masing. Begitu juga yang gagal seperti anak perempuan saya yang telah gagal satu mata pelajaran iaitu BM (Pemahaman) walaupun mendapat 3A bagi mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Kasihan saya kepada anak perempuan saya itu apabila mendengar khabar itu melalui panggilan telefon dari rakan sekerja saya yang mengambil keputusan bagi pihak anak saya itu.
Walau apapun cuba baca berita yang disiarkan oleh Malaysiakini seperti yang disertakan di sini. Adakah perasaan gembira sampai menangis, menangis geram kerana tidak dapat semua A atau gagal seperti yang dicurahkan oleh mereka yang berkenaan dapat dibandingkan kesedihan dan kepedihan yang dialami oleh murid bernama Siti Amynur Ain Putri Rosdy. Untuk mengetahui cerita selanjutnya dan sama-sama merenung dan membandingkan nasib baik kita dengan mereka yang senasib dengan adik ini sila klik http://www.malaysiakini.com/news/117939

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu
Nov 20, 09 4:10pm
Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya........

1 comments:

azhar ariffin said...

sgt sedih...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...