30 March 2022

WHEN THERE'S NO WISDOM AND COMPASSION BUT JEALOUSY AND GRUDGE

Hari-hari menyembah Yang Maha Esa, tak kesah la sekali ke atau lima kali, mohon kudrat kurnia dariNya dan pelihara kebajikan dan amalannya, tidak lekang dari menyebut dan mengakbarkan namaNya apabila berucap dan bercakap atau memberi salam, tetapi sebenarnya hipokrit mempertonggangkan namaNya untuk mengaburi kepentingan, ketamakan dan keselesaan diri. Pokoknya ialah NIAT YANG JELAS YERLIHAT TIDAK BERSIH DARI AWAL dan AMALAN YANG TERSELEWENG dari suruhanNya.

Dipetik dari OutSyed The Box

Kepada Menteri Besar Perak Yang Childish Bebudak-Budak, Lain Kali Hang Pi Ke Penang Pastikan Bawa Air Sendiri Untuk Mandi Dan Cuci Punggung

Menteri Besar Perak (tanah air kelahiran saya yang begitu indah sekali) berkata dia tak mahu jual air sungai mentah (raw water) dari Sungai Perak kepada negeri Pulau Pinang.  Dia kata Perak sendiri perlukan air itu. Jadi tak ada air lebih untuk dijual ke Pulau Pinang. Ini berita dia:

  •  Perak MB decided against selling water to Penang
  • “I’m sorry Penang, we need to secure (water) for Perak,” he told FMT
  • we do not have enough (water),” he said
  • state needed more water over next 30 years
  • studies show Perak did not even have enough for its own use
  • the MB said Perak population three million by 2050

Ini adalah satu lagi kenyataan yang paling dungu dan childish kebudak-budakkan oleh seorang Menteri Besar, serupa dengan kenyataan bodoh MB Kedah yang kata dia mahu sekat Sungai Muda daripada mengalir masuk sempadan negeri Pulau Pinang. 

Pemikiran sempit dan childish seperti ini tidak lain tidak bukan hanyalah jealous terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP (maksudnya orang Cina) yang begitu sukses dan berjaya membangunkan negeri Pulau Pinang makin menghampiri kemajuan Singapura dan Hong Kong.

Perak adalah negeri yang kedua besarnya di Tanah Semenanjung tetapi dengan bilangan penduduk yang agak sedikit ia itu kurang 2.5 juta orang. Saya rasa air Sungai Pari pun sudah cukup untuk memenuhi keperluan air bagi penambahan penduduk sebanyak 500,000 orang sahaja dalam tempoh 30 tahun akan datang (ataupun penambahan 16,000 orang setiap tahun).  

 Sungai Pari, Ipoh sesudah hujan lebat

Perak mempunyai sumber air sungai dan tasik yang begitu banyak sekali. Perak tidak pernah mengalami kekurangan sumber air. Selain Sungai Perak, negeri Perak mempunyai banyak sungai termasuk sungai yang besar seperti Sungai Bernam, Kerian, Dinding dan Sungai Kinta. Sungai Bernam cukup besar dan dalam untuk dimudiki oleh kapal laut. 

Jelas bahawa MB Perak itu tidak bercakap secara lojik atau bertanggung jawab.

Untuk berpuluh tahun Perak menduduki tangga negeri termiskin di Malaysia. Ranking GDP per capita 2020 menunjukkan Perak adalah negeri/daerah yang ke-10 miskin di Malaysia (di ikuti oleh Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan yang buruk sekali Kelantan). 

Purata pendapatan tahunan orang Perak (GDP per capita) adalah RM26,986 pada 2020. GDP per capita penduduk Pulau Pinang pula adalah RM54,818 bagi tahun 2020 - lebih dua kali ganda pendapatan orang Perak. Memandangkan bahawa keluasan negeri Perak mungkin 10 kali ganda saiz Pulau Pinang ini bermaksud IQ pimpinan negeri Perak adalah 10% sahaja daripada IQ pemimpin Pulau Pinang. 

Memang pun daripada zaman seorang MB terdahulu, negeri Perak ketandusan pimpinan yang intelek dan matang yang mampu majukan negeri kelahiran saya yang begitu kaya dengan limpahan karunia pelbagai sumber asli dan kekayaan yang lain.

Negeri Perak mengalami defisit atau kekurangan kewangan negeri. Jadi setiap tahun kerajaan negeri Perak bergantung kepada Pusat di Putrajaya untuk duit dan peruntukan untuk urusan mentadbir negeri. 

Kalaulah Perak boleh jual air mentah kepada Pulau Pinang penjualan air itu boleh menambah hasil negeri yang tidak cukup itu. Juga sumber air akan bantu Pulau Pinang majukan perniagaan, bisnes, kilang dan industri yang bakal menyumbangkan hasil cukai kepada Pusat di Putrajaya yang boleh dikongsi dengan negeri Perak dalam Belanjawan tahunan. MB Perak perlu guna otak common sense. 

MB Perak juga harus faham bahawa oleh kerana Perak adalah negeri yang ke-10 termiskin dalam Malaysia dan tiada banyak peluang pekerjaan atau peluang hidup yang lain di negeri itu, maka setiap tahun negeri Perak menyumbangkan bilangan terbesar (lebih 28%) daripada "pendatang" yang berhijrah ke Pulau Pinang untuk mencari peluang hidup. Sila lihat carta berikut (tahun 2016) :


Pulau Pinang juga mempunyai bilangan penduduk sekitar 2.0 Juta orang di mana orang Melayu adalah majoriti sebanyak 44% atau lebih. Dan ramai daripada mereka asalnya adalah penduduk Perak yang terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang untuk mencari hidup.

Kalaulah MB negeri Perak itu boleh bangunkan negeri Perak dengan baik, untuk terlepas daripada mendudukki tangga negeri termiskin mungkin orang Perak tidak payah berhijrah ke Pulau Pinang. Dan Pulau Pinang pun tidak akan perlukan air Sungai Perak untuk tujuan mandi-manda anak negeri lain. 

So brader Menteri Besar, kita kena fikir dengan guna kepala nombor 1. Bukan kepala nombor 2. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...