20 June 2015

Bumiputra Akan Lebih Maju Dan Yakin Diri Jika BN Kalah PRU14?


Datuk A. Kadir Jasin - Melayu, Bumiputera tetap tidak berubah jika BN kalah pilihan raya    


Dipetik dari Free Malaysia Today

Nasib orang Melayu dan Bumiputera tidak akan berubah sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dan pembangkang menjadi pemerintah. 

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin memberi contoh nasib orang Melayu di Kelantan yang tidak berubah di bawah pentadbiran Pas.

“Setelah Pas menyertai pakatan pembangkang pun nasib orang Melayu Kelantan sama saja – mundur dan miskin,” katanya.

Sehubungan Datuk Kadir juga meberikan pandangan beliau kepada perkara-perkara berikut;

1. Agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tetap terpelihara jika pembangkang menang kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.

2. Orang Melayu akan terus kekal digula-gulakan oleh pemerintah seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini.&

3. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) contoh terbaik bagaimana orang Melayu dan Bumiputera digula-gulakan. 

4. Pemberian bonus RM500 kepada penjawat awam untuk  menyambut Aidilfitri juga mempunyai niat yang sama. 

5. Taktik rakyat digula-gulakan oleh pemerintah telah pun diikuti oleh dua kerajaan pembangkang, Pulau Pinang dan Selangor. Apa yang berbeza cuma kaedah yang digunakan antara BN dan pakatan pembangkang sahaja. 

6. Orang Melayu dan Bumiputera kekal menjadi pendeposit utama kerajaan kerana menguasai pentadbiran awam dan pasukan keselamatan.

7. Amat mudah untuk mengambil hati kumpulan majoriti ini dengan cara memberi sedikit imbuhan atau gula-gula untuk menggembirakan mereka.

8. Taktik gula-gula ini membuatkan orang Melayu tutup mata terhadap isu 1MDB dan FGV.

9. Nasib orang Melayu, Bumiputera dan Islam mungkin tidak lebih baik daripada di bawah BN sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

10. Nasib mereka juga tidak akan menjadi lebih buruk di bawah pakatan pembangkang.

11. Hanya orang Melayu dan Bumiputera yang pandai memainkan peranan dan tahu untuk mengambil kesempatan sahaja mungkin mendapat faedah daripada kerajaan baru selepas PRU14.

N.B: Tetapi saya yakin nasib orang Melayu dan Bumiputra akan bertambah baik di bawah pemerintahan baru. Walaupun bantuan dan pemberian insentif masih dilakukan oleh kerajaan baru tetapi adalah diyakini orang Melayu dan Bumiputra akan mempunyai lebih keyakinan untuk lebih bersaing di bawah pemerintahan baru. Ini kerana cara pemberian bantuan kepada orang Melayu dan Bumiputra akan lebih bersifat kepada keperluan dan pencapaian bukan semata-mata kepada status. Akan lahir lebih ramai profesional Melayu dan Bumiputra yang benar-benar berkualiti daripada dasar bantuan pemerintah baru kepada mereka. Orang Melayu dan Bumiputra pada ketika itu tidak segan dan tidak takut untuk bersaing di dalam semua bidang diceburi sama ada dalam negara atau antarabangsa.
Pada amnya nasib seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu akan bertambah baik kerana pemerintah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai lebih kesedaran berkhidmat untuk kemajuan dan kemakmuran negara, bukan kepada kepentingan sendiri yang menjadi punca kepada ketirisan. Pemerintah akan menjadi pendorong kepada semua rakyat untuk bersatu dan bekerja kuat untuk memajukan negara yang seterusnya memakmurkan seluruh rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...