01 January 2010

Rhetorik Atau Realiti?

Sabtu lepas saya telah membawa anak perempuan saya mendaftar masuk tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Pihak sekolah telah berusaha dengan gigih untuk memastikan proses pendaftaran berjalan dengan baik dan sempurna dan sememangnya pihak sekolah tersebut, terutamanya guru-guru yang terlibat dalam urusan pendaftaran tersebut telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Bagaimanapun satu perkara di luar kawalan pihak sekolah dan sememangnya pihak sekolah tidak boleh disalahkan ialah apabila murid-murid masuk ke bilik darjah mengikut kelas masing-masing untuk memulakan urusan pendaftaran yang mana, sama ada sedar atau tidak sedar, murid-murid ini telah memilih tempat duduk mereka mengikut kaum masing-masing.
Dalam kelas anak perempuan saya, diperhatikan murid-murid Melayu duduk sesama mereka dan dalam satu baris bangku ke belakang, murid-murid Cina seboleh-bolehnya dengan kaum sejenisnya, begitu juga dengan murid-murid India. Sekiranya tidak dapat duduk dengan pasangan kaum sejenisnya murid Cina akan memilih duduk dengan murid India atau sebaliknya dan juga dalam satu baris bangku ke belakang. Anak perempuan saya yang tidak agresif dan sentiasa lambat bertindak akhirnya duduk dengan seorang murid India di baris belakang kelas. Di hadapannya adalah murid-murid Cina. Jelas di sini memperlihatkan keselesaan murid-murid itu duduk sesama kaum sejenisnya atau mengikut bumiputra atau bukan-bumiputra dan memperlihatkan satu trend yang tidak sihat apatah lagi bila kedengaran rhetorik sana sini dari banyak pihak slogan paling panas masa kini 1Malaysia atau sebelumnya slogan-slogan perpaduan dan sebagainya.
Saya percaya keadaan ini bukan hanya berlaku di sekolah baru anak perempuan saya itu sahaja tetapi dikebanyakan sekolah, termasuklah sekolah saya! Rhetorik atau realiti?
Bukan sahaja keadaan ini berlaku dikalangan murid-murid kita sahaja, malah kalangan guru-guru pun demikian! Dalam mesyuarat, seminar, kursus atau berbagai bentuk perhimpunan antara guru-guru malah tempat duduk dalam bilik guru sendiri pun memperlihatkan trend ini.
Malang atau teruknya apabila ada guru yang colour blind, bermacam tohmahan atau sindiran dikenakan! Contohnya, jika seorang guru Cina berada dalam kumpulan guru Melayu atau agak mesra dengan guru Melayu dan petah berbahasa Melayu, dicopnya OCBC. Begitu jugalah jika seorang guru India mesra dengan guru Melayu dicopnya OIBI (malangnya tidak ada bank bernama OIBI atau sesiapa mungkin boleh tubuhkan bank bernama Oversea Indian Banking Incorporation). Tidaklah pula kedengaran sama ada sindiran OMBM (apa pula nama bank ini!)dicop ke atas guru Melayu yang mesra dengan guru bukan-Melayu!
Ada pihak melihat perkara ini remeh dan cuba menutup kelemahan masing-masing tetapi realitinya mereka ini adalah insecure dengan diri masing-masing, maka secara psikolgi sedar atau tanpa sedar, cuba melemparkan kelemahan kepada orang yang dijadikan sindiran itu. Itulah realitinya dan boleh diperhatikan apabila sesama mereka apabila berkumpul, banyak bahan bualan berkisar kepada kritikan, kutukan, tohmahan dan mempelekehkan orang lain bukan dari sejenisnya atau ke atas sejenisnya yang mereka perasan menyebabkan mereka berasa insecure.
Di khalayak ramai hebat dirhetorikkannya 1Malaysia, perpaduan dan macam-macam sandiwara.

4 comments:

cikgunikmie said...

haayaa ini soal susah punya mau celita... saya dulu pernah kena kutuk kat kampus sebab tak brapa campur dengan mat klate...saya jenis open semua orang saya mahu kawan..sabahan, sarawakian, kedah mali semua lah janji tak susahkan orang...apapon kita perlu ada prinsip...biar apa org nak kata....pada saya Mr Ng senang membantu..TQ very much.

azhar ariffin said...

betol kata cikgu nik..biar ape org nk kata..yg penting ape kita buat djalan yg benar dan mengembirakan org lain...

NKLpunya said...

OCBC, OIBI, OMBM satu soal sampingan yang dipanjangkan dari soal yang lebih sirius yang saya sebut lebih awal. Pemerhatian saya itu yang menjadi inti coretan saya ini. Realiti tidak seperti rhetorik atau lebih popular disebut cakap tak serupa bikin!

mas anak bachik said...

NKL yang saya kenal. Di cemburui kerana tahu serba serbi . Peribahasa bukan hanya boleh difahami tetapi boleh di ubah dan dikemaskini mengikut situasi..Berdebat sejarah beliau tak pernah gentar. Kalau dalam Pas saya samakan dia Md Sabu kerana bercakap fakta.. Di tudoh sombong kerana belum jatuh cinta lagi... he he

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...