http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2022/04/duit-rakyat-lagi-pendedahan-oleh-rafizi.html?m=1
My comments:
(OutSyed The Box)
Jadi Tuan-Tuan bukan saja duit peneroka Felda dan duit rakyat jadi asap tetapi sekarang hotel-hotel yang dibeli di London itu pun BUKAN atas nama Felda.
Rafizi Ramli kata bukan saja harga beli hotel-hotel itu (sebanyak RM1 Billion) adalah berlebihan tetapi kita tidak tahu siapa kah tuan punya hotel yang telah dibeli itu. Rafizi kata bukan Felda pun. Duit RM1 Billion peneroka punya, hotel pula entah atas nama siapa punya?
Banyak cantik.
Jadi sekali lagi saya tengok mainan kaum-kaum elit Melayu ini ada satu pattern yang tidak berubah. Mereka main dengan duit rakyat. Dalam kes ini duit peneroka Felda.
Pasal apa depa tak mahu main dengan duit mereka sendiri?
Contohnya why not Tan Sri Millionaire A main dengan duit Tan Sri Millionaire B?
Atau pun Dato Sri Billionaire X main dengan duit Dato Sri Billionaire Y?
Balik-balik depa main dengan duit orang biasa saja. Duit rakyat marhaen. Duit kita. In this case duit peneroka Felda.
Tuan-Tuan tahu tak kenapa mereka suka sangat main dengan duit kita? Jawapannya paling mudah. Jawapannya adalah sebab : G U L L I B L E (disebut : ga-li-bel).
Gullible maksudnya mudah tertipu. Tuan-Tuan orang Melayu, termasuk peneroka Felda memang mudah tertipu.
Tertipu oleh siapa? Oleh DAP? Oleh Zionis? Oleh Singapura? Oleh Barat? Jauh sekali. Tertipu oleh orang-orang elit sendiri. Dengan rela dan izin Tuan-Tuan. Sejak bila Tuan-Tuan rela dan izin ditipu kaum elit? Sejak Tuan-Tuan diam saja, tak kata apa pun, tutup mata sebelah, biarkan mereka buat ikut suka hati dengan harta dan duit Tuan-Tuan.
Mereka faham Tuan-Tuan tak reti cakap omputih, tak tahu menahu baca audited accounts, tak tahu apa pun berkenaan Valuation, tak tahu semak semula harga hotel dan harga bangunan di London (atau di Kuala Kangsar). Sebenarnya segala maklumat ini boleh dijumpai dalam talian Online dengan mudah sahaja.
In the valley of the blind the one eyed man is king - Apabila rakyat lazimnya buta (buta mata, buta huruf) maka orang yang ada mata sebelah pun sudah boleh menjadi raja.
Malang sekali pelbagai kebodohan seperti ini masih boleh berlaku dalam negara kita saja. Masyarakat Melayu terlalu toleran apabila geng mereka sendiri terlibat jenayah dan salah laku. Perdana Menteri Melayu curi duit billion diberi gelaran Bossku. Pemimpin Melayu terlibat seks skandal, dengan wanita dan lelaki, orang Melayu kata dia kena konspirasi. Lebai penipu cakap bodoh, juga terlibat penipuan dan seks skandal, orang Melayu kata jangan aibkan lebai. Satu bangsa yang memang gullible - begitu mudah tertipu.
Di negeri lain seperti Indonesia dan Thailand rakyat mereka bukanlah begitu gullible lagi. Mereka sudah celik dan sudah boleh kupas dan bongkarkan segala jenis penipuan oleh kaum elit.
Jadi masalah sebenarnya dalam negara kita ialah orang Melayu rela ditipu dan dibuli oleh kaum mereka sendiri. Itulah masalah sebenarnya. Sampai bila Tuan-Tuan?
By OutSyed The Box, 24 Apr 2022
0 comments:
Post a Comment