04 November 2021

JANGAN GANGGU 90% YANG MENYUMBANG KEPADA GDP DAN KUTIPAN CUKAI KAMU !

From : OutSyed The Box

Wednesday, November 3, 2021

MESTI BACA : Menteri Usahawan Kata Usahawan Bumi Contribute Less Than 10% Of GDP, PM Kata Saham Korporat Bumiputera 17%.

Yang berikut adalah berita  Februari 14, 2019 tetapi masih relevan sebab kemungkinan besar post-Covid, contribution bumiputera sudah menurun lagi ke-bawah 10%.

KUANTAN: There is nothing to feel proud about the contribution of Bumiputera entrepreneurs to the GDP as it falls below 10% of total growth, Entrepreneur Development Minister Redzuan Yusof said today.

OSTB :  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula telah kata "Status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran bagi tahun 2019 seperti berikut iaitu pegangan Bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus.."

Jadi walaupun beratus Billion Ringgit duit rakyat habis dibelanjakan untuk majukan ekonomi bumiputera sejak 51 tahun sudah sumbangan usahawan bumiputera tak sampai 10% pun daripada GDP negara. 

Dan pegangan saham koporat bumiputera 17% itu termasuk pegangan "perbadanan" bumiputera seperti PNB/ASB, badan berkanun dsbnya. Kalau kita tolak pegangan saham PNB dan badan berkanun maka pegangan saham koporat bumiputera akan jauh lebih sikit daripada 17% tadi. 

Maksudnya jelas bahawa semua kerajaan pimpinan ahli politik UMNO/BN dan yang sebulu dengannya seperti Bersatu, Pejuang, PAS, PH, PN, MN semuanya tidak tahu menahu bagaimana cara yang betul untuk majukan ekonomi Melayu dan bumiputera.

Kilang "kereta nasional" telah dilelong dengan harga besi karat kepada syarikat China. Kilang Perwaja di Gurun, Kedah memang jadi besi karat dan tapak kilang daripada jadi "padang jarak padang tekukur" sekarang menjadi tapak kilang haram.


If after 51 years this is all you can achieve maksudnya pemimpin politik Melayu tak tahu apa pun berkenaan ekonomi dan cara memajukan orang Melayu dan bumiputera.

Tetapi perbincangan kita hari ini bukan pasal kegagalan pimpinan politik Melayu. Perbincangan hari ini adalah berkenaan kutipan hasil atau pungutan cukai oleh kerajaan dan siapakah yang membayar cukai dalam negara kita?

To understand that, yang berikut ini adalah sedikit pandangan oleh sahabat saya Farouk Aziz yang menetap di London, United Kingdom. (Blog Farouk Ada Wujud). Sila baca dulu:

Bumiputera, Belanjawan dan Berat Sebelah

Siapa yang tak suka makan free? Saya akan mengaku, kalau saya dijemput makan free (ke jamuan kenduri, contohnya) saya akan terus isytihar ‘cheat day’ dalam diet dan mentekedarah! Tapi bila orang jemput makan free, kita memang diizin untuk makan. Bagaimana pula kalau kita masuk ke dalam rumah orang yang kita tidak kenali dan tanpa sebarang jemputan  dan kita duduk makan sekali (kalau tak ada polis la). Lepas tu, kita makan 'free' sampai diaorang pula tak dapat makan. Boleh ke macam itu? Memang tak boleh.

Tapi negara kita Malaysia bukan rumah orang lain. Dan juga bukan rumah golongan MIM (Melayu Islam Malaysia) sahaja. Kita semua telah sama-sama membina rumah ini sejak daripada sebelum Merdeka lagi. Masalahnya, bila rumah ini berjaya mencari rezeki, kita mahukan share "percuma" atau "free share" dan yang terbesar juga, dengan tidak pedulikan orang lain. Adilkah begitu?

Saya terbaca dalam blog Syed Akbar Ali tentang komen Zaid Ibrahim mengenai share golongan bumiputera dalam bajet tahun ini. RM11.4 billion untuk kita dan RM1.3 billion untuk kakitangan kerajaan yang memang majoritinya bumiputera jugak.

Adakah ini adil terhadap rakyat Malaysia yang bukan bumiputera? 

Fikirkan berita berikut di mana seorang menteri kerajaan mengaku bahawa sumbangan bumiputera (sumbangan ya, bukan share!) kepada GDP negara masih terlalu rendah, iaitu kurang 10 peratus! 10 peratus berbanding 70 peratus bilangan penduduk kita dalam demografik bilangan Rakyat! Seperti timbang di bawah:

Dah tu, berapa pulak dana yang bocor? Dalam bajet yang besar, memang senang kita ‘skim off the top’. Laptop RM 1000 boleh jadi RM 15,000! Dont play play!

Bagi bumiputera beragama Islam (majority bumiputera adalah Melayu Islam), maka kita patut berpegang kepada Al-Quran sebagai sumber pertama bagi etika hidup. Apa kata Al-Quran?

Kecelakaan besar bagi ‘AL-MUTHAFFIFEEN’ 

Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan ?

Pada hari yang amat besar 

(Surah Al Muthaffifeen 83: 1-5 dari http://www.surah.my)

Jarang kita boleh menjumpai ayat Quran yang menekankan sesuatu konsep yang unik seperti ‘muthaffifeen’ - yang datangnya daripada perkataan ‘tathfeef’. Muthaffifeen muncul sekali dalam Al Quran dan diberi penerangan yang terperinci. 

Dah tu, ia dikaitkan secara ‘direct link’ dengan hari kiamat pulak di mana akan berlaku perhitungan (sila baca ke akhir surah). Sila faham implikasinya.  Apa-apa pun yang kita ambil yang lebih daripada share kita akan mendapat balasannya  dari Allah swt. Patut menakutkan!

Kenapa kita diingatkan dengan prinsip ini? Kerana ini prinsip yang penting dalam hidup. There are no free lunches. Takdak makan free. 

Jika kita makan free tetapi orang lain dibebani bayar kosnya maka situasi itu dicelakai Allah swt. 

Bila orang kata ‘celaka’, kita terguris di hati tapi bila Pemelihara sekalian alam (rabbul alameen) kata celaka, kita nak kata apa pula?  

Tanyalah agamawan anda, “Ustaz, kalau tak mahu langgar prinsip ini, bolehkah kita AGIHKAN kekayaan negara mengikut pecahan kaum?” Tanyalah Ustaz!

Saya minta golongan MIM, sokonglah parti yang memperjuangkan semua golongan Rakyat. 

Kita tidak boleh fokus kepada satu kaum sahaja kerana hukum alam yang ditentukan Allah swt akan melantun balik dan membuat kita sendiri terpincang. 

Semua masalah korupsi, nepotisme, kronisme dan sebagainya datang daripada kesalahan besar ini.

Tan Sri P Ramlee, yang begitu arif dengan perangai manusia, mungkin kenal penyakit ini. Dalam filem Nujum Pa’ Belalang, Badan dan Nyawa (dilakonkan oleh S Shamsuddin dan Aziz Satar) dilihat cuba membahagikan harta secara adil tapi tak boleh kerana tamak haloba. Apakah nasib mereka?

My comments :

Ok terima kasih sdra Farouk. Soalan saya begini, kalaulah usahawan bumiputera (Melayu serta bukan Melayu) punya sumbangan adalah kurang daripada 10% kepada GDP ekonomi negara maksudnya sumbangan bayaran cukai oleh kaum bumiputera pun kurang lebih sekitar 10% sahaja ke ?? 

Maksudnya bukan sahaja 90% daripada sumbangan kepada GDP negara itu daripada kaum bukan bumiputera tetapi secara lojik 90% sumbangan bayaran cukai kepada kerajaan pun adalah daripada bukan bumiputera!!

Saya pernah sebut dulu ia itu LHDN perlu maklumkan kepada umum pecahan sumbangan bayaran cukai dalam negara kita (personal income tax, corporate tax, sales tax, cukai kereta, duti impot kereta, levy impot kereta dsbnya) ikut kaum.  

Untuk kita faham siapa yang tanggung beban dan siapa pula yang ditanggung bebannya. Barulah kita boleh ambil langkah yang tepat dan perlu untuk perbaiki keadaan.

Dengar baik-baik ya sebab ini bukan usaha menuding jari atau untuk tuduh menuduh. This is NOT an attempt to find fault. But without accurate information we cannot make accurate policy decisions to rectify the situation.  We will keep building Perwaja's and kereta nasionals but using taxpayer's money. Duit bapak kita akan burn.

Tuan-Tuan, yang berikut ini adalah "Teh Tarik Economic Model" saya bagi tahun 2022 

Saiz ekonomi Malaysia (GDP kita) adalah sekitar RM1,400 Billion. Itulah bahagian "badan" atau "isi"  satu gelas teh tarik di bawah ini.

Yang buih-buih di atas pula adalah Belanjawan Kerajaan atau Budget Kerajaan bagi tahun 2022 ia itu dengan jumlah RM332 Billion. Ekonomi bumiputera juga bergantung kepada Belanjawan Kerajaan ini. Tetapi kutipan cukai oleh kerajaan hanyalah RM171 Billion atau 51% sahaja daripada Budget 2022. Jadi kutipan cukai memang tak cukup. 

Jangan pula mangkuk yang tak faham ekonomi kata Kerajaan boleh naikkan lagi cukai - Cukai Makmur, GST, dan cukai entah apa lagi. Yang perlu dinaikkan bukan cukai tetapi saiz GDP negara kita. Kalaulah GDP berkembang daripada RM1400 Billion menjadi RM2,000 billion (contohnya) maksudnya kutipan cukai kerajaan pun akan bertambah. 

Cara untuk menambah hasil kerajaan ialah dengan majukan pembangunan ekonomi negara. You must increase the size of the GDP.   Maka secara otomatik kutipan hasil dan cukai akan menambah.

Kedaan sekarang pula dengan Covid, dengan kesan dasar ekonomi kuda liar, dengan Gaji Minima, GST, Cukai Makmur dan entah apa lagi ekonomi negara sudah 'pancit'. Tayar sudah pancit. 

Semalam pula, "Cukai Makmur" punya pasal, Bursa Saham jatuh merudum dan rugi lebih RM34 BILLION market capitalisation dalam sehari saja !!  Inilah akibat menaikkan cukai ikut dasar kuda liar!  

What does all this mean? Apa kesan dan akibat segala perangai kuda liar atau wild horse behaviour ini? 

Kesan negatifnya terlalu banyak dan kekal (long lasting). Hari ini saya bincang dua daripadanya sahaja. 

Bumiputera yang empunya sumbangan kepada GDP sekitar 10% sahaja (ikut Menteri Usahawan dulu) dan yang mempunyai 17% sahaja daripada saham koporat (ikut Perdana Menteri Ismail Sabri) juga menyumbangkan sedikit sahaja kepada kutipan cukai dan hasil oleh Kerajaan. Mungkin hanya 10% sahaja daripada jumlah kutipan cukai oleh Kerajaan.

(Tidak termasuk duit berbillion Ringgit yang lari ke British Virgin Islands.)

Ini bermaksud bahawa 90% daripada kutipan hasil dan cukai oleh Kerajaan datang daripada bukan bumiputera.

Jadi Tuan-Tuan, kalaulah saya jadi pemimpin Melayu atau saya menjadi Perdana Menteri tugas saya akan menjadi begitu senang dan mudah. Dan lebih penting ialah saya akan mampu bangkitkan ekonomi bumiputera dengan lebih berkesan dan berjaya. Caranya terlalu simple. Dia serupa begini:

Jelaslah periuk nasi Kerajaan (kutipan hasil dan cukai) bergantung kepada bahagian 90% GDP negara SERTA bayaran cukai oleh bukan bumiputera.  Itulah periuk nasi Kerajaan yang terbesar. Berapa besar saiznya? SEMBILAN KALI GANDA sumbangan GDP bumiputera 10% tadi. 

Dan bahagian GDP 90% ini menggunakan 'duit bapak depa'.

Berbanding GDP 10% bumiputera yang banyak bergantung kepada Belanjawan Kerajaan atau "duit bapak kita". 

Jadi cara yang paling mudah bagi Kerajaan menambahkan kutipan cukai dan hasil ialah pastikan bahagian 90% GDP itu berjalan dengan licin, lancar dan laju. The government revenue will increase. 

Jangan ikut style sekarang yang ingin lanci_u-kan ekonomi bukan bumiputera. 

Jangan buat dasar yang boleh ganggu 90% of the GDP yang juga contribute 90% of government tax revenue.  Orang yang tak sekolah pun boleh faham strategi yang simple seperti ini.

Kalau kita ada dua kebun - ia itu kebun ciku dan kebun buah manggis. Katakanlah kebun ciku itu hasilkan 90% daripada pendapatan kita. Takkan kita nak tebang pokok ciku itu?  Are you mad?  

Cuba lihat Teh Tarik Economic Model di atas itu.  GDP negara kena sihat dulu. Itulah isi atau "badan" teh tarik itu. Bila GDP sihat maka buih-buih dan lemaknya (kutipan cukai RM171b) akan naik ke atas. That is how it works. It goes from the bottom to the top. Dari bawah dia naik ke atas.

Ada orang yang tak faham apa pun pasal ekonomi yang berpendapat bahawa jika mereka "bancuh kuat-kuat" buih-buih itu, maka dia boleh dapat balik satu gelas penuh teh tarik tadi.  Maksudnya daripada kutipan cukai RM171 billion, dia boleh menjana balik GDP RM1,400 Billion ! It does not work that way.

You cannot grow an entire economy or even a bumiputera economy through Government procurement which itself relies 100% on tax collection from that same economy.  You cannot 'duduk dalam bakul dan angkat sendiri'.

What is the practical effect of this 'wild horse' economic policies?

Barisan Nasional / Bersatu / Pakatan Harapan / PN / MN will keep losing elections. Inilah final conclusion-nya.

Selepas 62 tahun orang Melayu sedar bahawa BN / UMNO tidak majukan kehidupan dan masa depan  mereka. Maka BN / UMNO kenta tendang keluar pada tahun 2018.

Pakatan Harapan dan Dr Mahathir take over pada 2018. Dr M dan PH pula tidak mengubah sedikit pun dasar-dasar lapok dan basi yang telah menjatuhkan BN / UMNO. Jadi Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pula dibenci oleh rakyat dan kalah TUJUH pilihanraya kecil. Dan sesudah 22 bulan Dr Mahathir pula kena tendang keluar.

Di ganti oleh Perikatan Nasional (Bersatu / UMNO) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekali lagi tiada perubahan dalam dasar-dasar lapuk dan karat yang memiskinkan semua orang, terutama sekali orang Melayu. Selepas 16 bulan jadi PM, pada 15hb Ogos 2021 Muhyiddin pula kena tendang keluar.  

Diganti oleh Ismail Sabri. Sekarang Ismail Sabri bukan saja tidak mengubah dasar-dasar dungu yang lama dan lapuk tetapi ditambah pula dasar kuda liar 'Cukai Makmur' yang merugikan ekonomi negara sekali lagi. Investor semua takut, Bursa Saham rugi RM34 Billion dalam sekelip mata. Tahniah brader. You dont know what you are doing.

Jadi ekonomi negara tidak membangun. Kutipan hasil Kerajaan tidak cukup. Ekonomi bumiputera (yang sangat bergantung kepada kutipan cukai Kerajaan) pun tidak boleh maju. 

Kerajaan wujudkan PTPTN. Beratus ribu students ambil pinjaman PTPTN, termasuk anak saya (sudah lama bayar habis). Tapi sekarang berpuluh ribu students (majoriti besarnya Melayu) berhutang berpuluh ribu Ringgit setiap seorang. Kerajaan tanggung rugi. Student pula kena tahan passport, tak boleh pinjam car loan sebab nama kena blacklist dsbnya. Depa marah. Ibu bapa mereka marah sekali. So they will not vote for BN / PH / PN / Dr M / Muhyiddin / Sabri atau siapa pun. 

Ekonomi tak jalan. Peluang pekerjaan sangat kurang. Habis macam mana students nak bayar balik pinjaman PTPTN? 

Jadi Tuan-Tuan solutionnya senang. Jangan hilang focus kepada bahagian 90% GDP itu yang mampu menjana 90% ekonomi dan kekayaan negara. Juga 90% kutipan hasil bagi Kerajaan. 

Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Surah Al Muthaffifeen

Pilihlah cara yang mudah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...