23 December 2009

Sekolah Tidak Boleh Memaksa Ibu Bapa Atau Murid Membeli Buku Kerja Tambahan (Sedutan Dari Laman Web KPM)

The STAR bertarikh 14 Disember 2009
FORCED TO BUY: CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada SMS Akhbar The STAR bertarikh 14 Disember 2009 – FORCED TO BUY:- CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY.
KPM ingin memaklumkan bahawa penggunaan buku kerja di sekolah rendah adalah tidak diwajibkan dan penggunaannya adalah terhad untuk tujuan pengukuhan pembelajaran selepas guru telah mengajar satu-satu topik matapelajaran di sekolah.
Untuk itu, sekolah-sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa atau murid-murid untuk membeli buku-buku kerja tambahan.
Perkara ini boleh dirujuk didalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah), Bil. 10/1993 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah) dan Bil. 1/2000 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah) yang jelas menerangkan maksudnya berkaitan dengan buku kerja tambahan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
22 DISEMBER 2009
Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...