Saya jumpa rakyat, awak cakap saya langgar peraturan
Awak jumpa rakyat, tak pulak awak cakap awak langgar peraturan
Saya tak buat benda-benda keji, awak tuduh bertalu-lalu cakap saya lakukan benda-benda itu
Awak terbukti melakukan benda-benda keji, tak pulak saya tuduh awak macam itu
Saya pakai jersi Selangor, awak cakap saya bukan orang Selangor, tak layak pakai
Awak pakai jersi Manchester United, tak pulak awak cakap awak bukan orang Manchester
Bila Manchester United kalah awak cakap saya yang menyebabkan kalah
Manchester menang tak pulak awak cakap saya yang menyebabkannya menang
Bila Manchester United kalah awak cakap saya yang menyebabkan kalah
Manchester menang tak pulak awak cakap saya yang menyebabkannya menang
Orang saya letak jawatan, awak cakap saya membazir wang rakyat
Orang awak letak jawatan, tak pulak awak cakap membazir wang rakyat
Apa semua yang awak buat dan tak mencapai matlamat, awak tuduh saya jadi punca masalah
Apa semua yang saya buat dan mencapai matlamat, awak cakap itu hasil usaha awal awak
Saya satukan semua rakyat, awak cakap saya yang porak perandakan rakyat
Awak porak perandakan rakyat, awak tuduh saya pulak yang porak perandakan rakyat
Takpela, rakyat ada mata dan hati nurani yang bersih untuk melihat dan merasa
Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil
Tapi saya berjuang tetap berjuang