03 May 2023

He Hits The Right Code

Excerpted from Outsyed The Box, OSTB

Disclaimer : This is just to make a point. No negative intentions are intended towards any type of vernacular schools.

Muqqadimah : Kenapa pula dalam negara kita di mana terdapat kumpulan penganggur dan ahli kelab tongkat yang suka bangkitkan isu sekolah vernakular tetapi mereka tidak bantah sekolah bahasa Arab yang sudah pun menjadi dalam negara kita di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Arab?

Bahasa Arab it bukan bahasa ibunda kaum mana pun dalam negara kita. Habis macam mana pula boleh ada sekolah berbahasa Arab di mana bukan saja bahasa pengantarnya adalah bahasa Arab tetapi kurikulum sekolah mereka mengikuti kurikulum negara Arab entah mana pula? 

Sebaliknya geng penganggur dan ahli kelab tongkat ini suka sangat buli sekolah Cina dan bangkitkan isu sekolah Cina tanpa putus. Ini berita latest:

isu pemberian dana kepada sekolah persendirian Cina 

mempersoalkan jumlah RM15.7 juta kepada sekolah Cina bukan isu politik 

OSTB : bukan isu politik??   Woi Gendam anak Pukul!  Kenapa begitu takut nak mengaku semua ini mainan politik awak saja. Awak ahli parti politik pencuri. Sekarang presiden awak mencatat Guinness Book of World Records menjadi bekas pee em yang pertama duduk dalam penjara atas sebab mencuri. Tak lama lagi seorang lagi presiden awak juga akan masuk penjara juga sebab mencuri. Sekali lagi parti awak akan mencatat  Guinness Book of World Records sebab DUA presiden parti awak dimasuk dalam penjara secara berturut-turut atas jenayah mencuri. One after another. Nauzubillah. Parti Pencuri.

Kalau awak tak setuju sekolah Cina itu hak awak. That is your right. Ini negara demokrasi dan bebas bersuara. Awak nak sokong, tak mahu sokong, nak setuju, tak mahu setuju apa jenis sekolah pun itu hak awak.

Tetapi pasal apa awak boleh setuju sekolah bahasa Arab pula walaupun tidak ada satu kaum pun dalam negara kita ini yang bercakap Arab? Can you explain?

Yang lebih pelik ialah kenapa awak diam saja pasal sekolah Tamil? Selalu kacau sekolah Cina saja tetapi bila datang isu sekolah Tamil, sekali lagi awak kecut telor. 

Apakah sebab sekolah Tamil itu adalah perjuangan hidup mati parti MIC yang juga rakan politik awak dalam gabungan kapal karam Be End? 

Pada hal sekolah Cina dan Dong Zong pula lebih dikaitkan dengan parti DAP?  MCA, rakan politik awak yang satu lagi juga 'memperjuangkan sekolah Cina' tetapi tidak sehebat parti DAP.  Dong Zong, sekolah Cina dan DAP dilonggok sekali dalam politik perkauman awak. 

Tetapi sekolah Tamil pula tidak diperbesarkan sangat. Kalau jadi isu pun kecil-kecil saja.  

Jadi sekolah vernakular Arab ok, dengan mengikut kurikulum negara Arab entah mana pun ok, sekolah Tamil pun ok tapi sekali-kala awak complain sikit-sikit. Yang menjadi isu besar adalah sekolah Cina.

Itupun isu peruntukan RM15.7 juta untuk sekolah persendirin Cina. Saya rasa Si Ketot bini presiden awak dulu buat jamban pun perlu duit lagi besar. Duit curi 1MDB.  Apahal pula awak nak bising duit RM15.7 juta untuk bantu budak sekolah baca buku dan belajar lebih baik? Why is your brain so upside down? Sudah buat ujian IQ ke belum? 

Tetapi why not kita ambil cara yang lebih mudah dan jauh lebih simple.

Why not Pemuda pergi berdemonstrasi depan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN atau Income Tax) dan mendesak LHDN mendedahkan peratusan kutipan cukai dan hasil kerajaan  daripada kaum Cina berbanding kaum lain? Apakah kaum Cina menyumbangkan 50%, 60%, 75%, 85% atau 90% daripada kutipan Income Tax, Corporate Tax, Sales Tax dsbnya?

And then suruh LHDN tunjuk kutipan hasil dan cukai daripada kaum lain termasuk Melayu, India, Iban, Kadazan dsbnya. 

Apa takut sangat? 

Mari kita semua lihat secara jujur, ikhlas dan tidak takut siapakah kaum yang paling banyak menyumbangkan kepada kutipan hasil dan cukai negara? 

Jangan takut. Kenapa-lah kepala-kepala bapak awak ini semua begitu takut benda-benda simple macam ini? 

Kalaulah kaum Cina tak bayar cukai langsung atau mereka bayar cukai yang sikit saja ok, maybe orang lain ada haklah membantah jika duit hasil kerajaan dibelanjakan khusus untuk sekolah Cina sahaja. Itu saya pun tak setuju lah. 

Tetapi kalaulah mereka menjadi penyumbang yang besar kepada kutipan hasil kerajaan (yang kemudian boleh dicuri Si Ketot dan suami) dan sistem persekolahan mereka melengkapkan penuntut-penuntut sekolah Cina dengan ilmu dan latihan yang membantu kaum Cina menjana sumbangan ekonomi yang begitu besar maksudnya perbelanjaan duit RM15.7 juta itu bukan membazir. That money is not wasted.

Tambah lagi sistem sekolah Cina sekarang sudah menjadi sekolah contoh di mana kepelbagaian kaum pelajar sekolah Cina lebih mewakili kepelbagaian kaum negara kita. Setiap tahun kurang lebih 100,000 penuntut Melayu belajar di sekolah Cina. Di beberapa sekolah Cina, pelajar Melayu menjadi 25% - 30% daripada jumlah pelajar sekolah.

Tetapi balik kepada soalan asal - kenapa pula sekolah vernakular Arab itu ok, sekolah vernakular Tamil pun nampak macam ok juga tetapi hanya sekolah Cina yang jadi isu dengan puak OKU dan pencuri ini?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...