23 November 2013

Matematik Tambahan Bocor?


Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor.....!

Baca seterusnya di sini.

Gara-gara dari;

1.  budaya nak cemerlang, ganjaran dan sanjungan hanya kepada yang cemerlang .... maka matlamat akhir menghalalkan sebarang cara atau tindakan.

2.  pusat tusyen atau guru-guru tusyen yang tidak puas nak kaut keuntungan yang melimpah-limpah dengan mengadakan seminar-seminar atau bengkel-bengkel menjawab soalan peperiksaan pada saat-saat akhir kononnya untuk membantu calon-calon melakukan pecutan, lompatan, macam-macam lagi saujana impian....!!! Pusat-pusat tusyen atau guru-guru tusyen bersaorangan yang boleh memberikan kelebihan ini akan menjadi popular dan menjadi tumpuan kepada bakal calon-calon masa akan datang... maka keuntungan dari yuran tusyen akan melimpah-limpah datang.... malah boleh menaikkan yuran tanpa banyak bantahan dari calon-calon dan ibubapa.

3. sikap calon-calon (termasuk juga sebahagian ibubapa) yang kiasu yang tidak yakin dengan kebolehan sendiri (anak mereka) dan yang suka buat 'short-cut' menjelang peperiksaan. Dari pemerhatian, sebahagian besar calon-calon yang suka buat 'short-cut' ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah di sekolah, tidak membuat latihan, tidur dalam kelas dan angkuh dengan tusyen yang mereka hadiri seolah-olah pusat tusyen atau guru tusyen mereka ada 'magic' yang boleh memberi jaminan bahawa mereka pasti akan lulus dengan cemerlang kerana mereka telah membayar yuran untuk tusyen. Tetapi di sekolah tiada bayaran dikenakan maka tiada 'magic' jaminan untuk lulus, maka boleh  membuat 'kacau' atau 'engkar perintah' semasa PdP di dalam bilik darjah.

Di sekolah, setiap tahun guru-guru menghadapi masalah dari calon-calon seperti ini, langsung menjatuhkan semangat dan keghairahan untuk mengajar. Bukan itu sahaja, guru-guru di sekolah berhempas pulas memikirkan dan 'dikejar' untuk menyediakan dan melaksanakan pelbagai program peningkatan prestasi bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan dan juga supaya sekolah tidak terjerumus dan dicop sebagai sekolah berprestasi rendah (SPR). Dokumen-dokumen yang tebal-tebal yang mengandungi rahsia atau jamu strategik untuk peningkatan prestasi dijilid dengan cantik seolah-olah dengan demikian rahsia atau jamu itu akan mengena dan berkesan untuk meningkatkan prestasi.

Walaupun demikian respon dari calon-calon yang akan menduduki peperiksaan terhadap pelaksanaan program-program peningkatan prestasi yang telah dirancang amatlah menyedihkan. Dokumen yang cantik atau apa-apa bentuk persembahan dokumen yang baru pun tidak dapat mengubah calon-calon sedemikian. Apabila keputuan peperiksaan diumumkan, pihak berkuasa di atas sana akan menggunakan keputusan peperiksaan tersebut untuk mencari dan men'cop' SPR, seolah-seolah guru-guru di SPR ini tidak mengajar atau tidak tahu mengajar .....!

Matlamat menghalalkan cara.... maka cara penipuan adalah 'short cut' terbaik... maka meniru dan mem'bocor'kan soalan adalah caranya.... Bukan setakat peperiksaan awam kebangsaan sahaja, peperiksaan peringkat sekolah, daerah atau negeri suatu yang lumrah. Pengurusan sekolah dan pihak berkuasa pendidikan yang lain pening kepala tetapi pihak di luar sana seperti pusat-pusat tusyen dan pemberi-pemberi tusyen persaorangan yang telah 'mencuri' tugas-tugas profesional guru, berketawa besar sambil mengendong karung berisi wang masuk ke dalam bank....



2 comments:

ARIZA7071 said...

Kesiannya nasib guru2 di sekolah ..
Orang dah tak pandang sebab tak reti nak bocorkan soalan SPM kpd anak2 mrk.
Sbb tu bila anak mrk tak lulus dituduhnya guru mp tak pandai mngajar....

ARIZA7071 said...

kesiankan cikgu2 disekolah...
orang luar tetap menyanjungi guru2 pusat tusyen....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...