23 December 2011

Salah atau Tidak Salah, Haram atau Tidak Haram?


Katalah saya adalah seorang pengetua di sebuah sekolah menengah. Saya sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos guaman suatu urusan peribadi. Pada masa yang sama saya sebagai pengetua baru sahaja menerima semua kutipan wang yuran murid-murid daripada guru kelas masing-masing.

Memandangkan saya sangat memerlukan wang untuk menyelesaikan bayaran guaman yang saya hadapi maka saya telah nekad 'meminjam' wang dari kutipan yuran murid tersebut dengan melengahkan tempoh memasukkan wang kutipan yuran tersebut ke dalam akaun sekolah.

Saya akan 'membayar balik' wang yang saya 'pinjam' itu dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun sekolah apabila saya telah menerima gaji saya pada hujung bulan atau dari sumber-sumber lain.

Pastinya tiada sesiapa yang akan mengetahui tindakan saya tersebut atau tidak berani sesiapa dalam sekolah itu akan mempersoalkannya kerana saya adalah pengetua. Lagi pun saya hanya pinjam untuk satu tempoh tertentu sahaja dan saya membayar balik wang tersebut apabila saya memperoleh gaji saya! Juga saya telah banyak berjasa kepada sekolah dengan mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan sekolah saya. Jadi tidak salah sekolah membantu saya pula apabila saya menghadapi kesusahan seperti ini. Dan yang paling penting saya selalu mengingati Tuhan dan sentiasa mempertahankan kemuliaanNya. Pastinya Tuhan pun meluluskan tindakan terpaksa saya ini.

Salahkah atau tidak salah?
Haramkah atau tidak haram?
Salah guna kuasakah atau tidak?
Adakah stakeholders terus memberikan sokongan kepada saya sebagai pengetua sekolah?

Kalau jawapannya tidak, tidak, tidak dan ya, bolehlah perlakuan yang seangkatannya ini dilakukan selalu oleh mereka yang berkuasa!

Patutlah ramai yang gila kuasa....!

Kah..kah..kah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...