25 December 2011

Budaya Pak Turut Keterlaluan

oleh : Markus Lim

Tidak dinafikan bahawa budaya pak turut ada kebaikannya tersendiri. Umpamanya apabila seseorang itu bekerja di sesebuah organisasi yang menginginkan kenaikan pangkat, sikap pak turut cukup penting.

Apa sahaja yang diminta oleh pihak atasan akan dijalankan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Malahan, segala arahan yang dikeluarkan walaupun hakikatnya mungkin bercanggah dengan prinsipnya, turut dianggap baik gara-gara hanya untuk memuaskan pihak atasan.

Motifnya mudah sahaja - semuanya berkisar kepada survival dalam dunia yang penuh kompetitif ini. Siapa yang akur dan patuh sudah pasti akan terus hidup. Sesungguhnya, mereka tidak bersalah dalam konteks ini. Malah boleh dikatakan pekerja-pekerja ini amat baik kerana patuh kepada arahan. Lebih penting lagi, ia adalah sejajar dengan budaya hormat-menghormati yang dijunjung tinggi oleh masyarakat setempat.

Namun begitu, apabila budaya pak turut diamalkan secara membuta-tuli dan tidak bertempat seperti yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin politik (tanpa mengira pembangkang atau kerajaan), maka seharusnya ia diperbetulkan.

Sebagai pemimpin yang mewakili suara rakyat, seseorang pemimpin politik itu haruslah berpijak pada bumi nyata dan memperjuangkan isu berlandaskan kepada prinsip dan kebenaran, bukannya kesetiaan yang membuta-tuli.

Sudah pasti, benda yang betul harus dikatakan betul dan bukan sebaliknya kerana kegagalan menuju ke arah itu merupakan satu ketidakadilan dan penghinaan kepada prinsip keadilan.

Baca lagi di sini.

P/S: Ini macam cerita Hang Tuah dengan Hang Jebat. Dah lama tak dengar atau melihat filem cerita ini, malah TV pun tak mengulang cerita ini dalam retro filem-filem Tan Sri P. Ramlee. Nak jadi Hang Tuah atau nak jadi Hang Jebat? Kalau jadi Hang Tuah yang jujur, pak turut yang lurus bendul, akhirnya kena fitnah dan dihukum bunuh. Kalau jadi Hang Jebat, awal-awal lagi sudah kena bunuh oleh little napoleon! Kah..kah..kah..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...