13 August 2013

Just Because He's CM Lim Guan Eng Thus Big Noise...!!



Sebuah gambar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diparkir secara salah tersebar di Internet dan mencetuskan perdebatan sama ada Lim Guan Eng mempunyai keistimewaan tempat letak kereta khas. 

Rakaman gambar yang tersebar itu menunjukkan kenderaan milik Lim diletakkan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran. Gambar yang diambil pada tengah hari semalam itu juga telah dikongsi secara meluas di laman Facebook dengan kapsyen "Is double line parking the privilege of PG1?" (Adakah meletakkan kenderaan di garisan berkembar keistimewaan PG1?) 

Penyokong BN dalam komentar di laman sosial mendakwa Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu melanggar undang-undang secara terang-terangan. 

Pihak lain pula mengatakan, isu itu merupakan perkara kecil yang diperbesarkan memandangkan kawasan tempat letak kereta memang menjadi masalah di pusat bandar Pulau Pinang. 

Read more here.

P/S:  Teringat saya di bandar Kajang satu ketika dahulu, ada seorang kenamaan yang selalu membawa kereta besarnya yang mempakir di atas bahu jalan. Tidak ada tindakan pun....! Tanya pekedai-pekedai di bandar ini, semuanya pasti tahu...!  Begitu jugalah dengan tuan -tuan punya kereta yang mempunyai lambang-lambang kenamaan/kebesaran tertentu pada plat kereta mereka.... lihatlah perangai mereka memandu atau mempakir kereta mereka.... kenapa tak heboh pulak...?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...