25 May 2013

Apa Lu Mau Lagi...?


....seorang yang mempunyai mentaliti pendatang atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai ‘migrant mentality’ kerana sikapnya yang tamak dan haloba yang keterlaluan. Hendak memerintah mesti berdekad-dekad lamanya. Hendak mendapat laba sampai tidak tentu sempadannya. Kalau berkuasa hendak lama-lama, wang ringgit hendak berkoyan-koyan dan kalau boleh semuanya hendak ditinggalkan kepada keturunannya semua harta dan kuasa yang setinggi gunung. Itu semua adalah sikap orang yang mempunyai mentaliti ‘migrant’ tadi. 

Budaya dan sikap itu telah tertanam begitu dalam  pemikiran dan kepercayaan pimpinan hari ini dan ia tidak dapat diatasi lagi. Ia hanya boleh diatasi dengan memulakan negara baru dengan kumpulan pimpinan yang baru keseluruhan dalam parti itu. 
Aspan Alias 
Baca lagi di sini. 

Kalaulah benar begitu, kenapa orang mempunyai migrant mentality ini mempersoalkan kumpulan migrant lain, apa lu mau lagi. Pada hal apa yang dia sendiri mahu lagi itu lebih melampau (worst) dari kumpulan migrant yang gigih berusaha dengan keringat sendiri tetapi dijadikan sebagai convinent target atau punching bag untuk menutup niat sejahat-jahatnya sendiri.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...