..... hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan
cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan
gabungan antara cinta dan nafsu.
Seseorang yang ghairah seksnya, bukan
bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada
hubungan seks yang indah.
Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang
bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan
semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia
sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan
kehendak dirinya.
Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya
mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu
haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan
menyampah.
Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam
keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Baca lagi di sini.
0 comments:
Post a Comment