oleh Zulhabri Supian
... restoran mamak menyerlahkan sisi
negatif masyarakat kita yang terpecah belah mengikut bangsa dan juga
bahasa percakapan. Meskipun kemajmukan Malaysia dapat dilihat di mamak,
namun sangat menyedihkan tiada interaksi bermakna di kalangan bangsa
yang berbeza. Jika di satu meja terdiri dari pelbagai bangsa, seringkali
pandangan-pandangan yang terlihat hairan akan kelihatan.
Paradoks “kemajmukan” di mamak yang sangat menghiris adalah kebiasaan
untuk mengutuk bangsa lain walaupun jarak meja di antara satu sama lain
tidak terlalu jauh. Perkauman di meja makan yang sering dipraktikkan di
rumah keluarga dipindahkan ke meja makan mamak. Restoran mamak berubah
menjadi wahana penyebaran kebencian dan prejudis ala Malaysia iaitu
secara aman tanpa pergaduhan dan pertumpahan darah...
Baca sepenuhnya di sini.
P/S: Satu pandangan dari pemerhatian penulis yang tidak dapat dinafikan. Adakah situasi ini akan berterusan tanpa sebarang tindakan pembetulan dari semua pihak khasnya pemerintah sehingga negara hancur kerana 'ketamakan dalam pemburuan kuasa' dan 'kelazatan dunia' oleh semua pihak yang berwajib ...
0 comments:
Post a Comment