13 October 2012

Saya Rakyat Marhaen Biasa

Dipetik dari nukilan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
"Setiap kita mengetahui siapakah diri kita. Selepas Allah Yang Maha Tahu segalanya, insan itu sendirilah yang paling tahu tentang dirinya. Segala penampilan, pujian, gelaran dan pangkat yang manusia berikan tidaklah semestinya sama dengan hakikat sebenar diri yang berkaitan itu di sisi Allah Yang Maha Mengetahui."

"Betapa ramai orang yang dipuji dengan pelbagai pujian, dia sendiri pun tahu dia bahawa dia bukan layak dengan segala ungkapan itu. Betapa banyak orang yang dianggap tiada nilai ataupun rendah kedudukannya, dia di sisi Allah jauh lebih baik dari mereka yang banyak dipuji dan dipuja."

"Justeru, orang yang mempunyai gelaran kebesaran, belum tentu lebih baik di sisi Allah dibanding rakyat marhaen biasa. Ustaz yang berceramah di depan majlis, belum tentu lebih disayangi Allah dari mereka yang duduk di bawah mendengar ceramahnya. Bahkan mungkin yang berceramah itu Allah benci disebabkan kesombongan, riak dan ‘gila dunia' yang bersarang dalam jiwanya." 

Baca lagi di sini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...