20 March 2011

Kikikukiki

Sin Chew Daily bertarikh 1 Mac 2011 – PANDANG SERIUS GURU TIDAK MENGUASAI BAHASA CINA DIHANTAR KE SJKC HAU LIM, MUAR
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (ME9) bertarikh 1 Mac 2011 – Pandang serius guru tidak menguasai Bahasa Cina dihantar ke SJKC Hau Lim, Muar. Setelah siasatan dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar, didapati penempatan guru opsyen Bahasa Malaysia ke SJKC Hau Lim, Muar dibuat kerana keperluan guru opsyen Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, guru tersebut telah pun ditukarkan ke SK Sungai Balang, Muar pada 1 Mac 2011 bagi mengatasi masalah tersebut. Perkara ini akan diberi perhatian yang sewajarnya apabila sesuatu penempatan guru dibuat di SJKC pada masa akan datang.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

China Press bertarikh 7 Januari 2011 – GURU-GURU YANG TIDAK FASIH BAHASA CINA DI 7 BUAH SJKC DI DAMANSARA BELUM DIPINDAHKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar China Press bertarikh 7 Januari 2011 – Guru-guru yang tidak fasih Bahasa Cina di 7 buah SJKC di Damansara belum dipindahkan
Untuk makluman, sekolah telah mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut dan telah membuat perubahan di mana guru Melayu yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia telah mengajar kelas tahun 3 hingga tahun 6 mengikut pekeliling sedia ada. Manakala guru yang mengajar Bahasa Malaysia bagi tahun 1 dan 2 diajar oleh guru Cina yang boleh menggunakan dwibahasa semasa mengajar. Perkara ini berlaku kerana kekurangan guru opsyen Bahasa Malaysia di sekolah ini.
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Setelah membaca jawapan pihak KPM di atas kepada dua aduan pihak-pihak tertentu kepada pihak media, terfikir di kepala otak saya adakah pihak yang membuat aduan itu telah bertindak keterlaluan! Soal guru tidak fasih bahasa Mandarin (ada banyak bahasa Cina, sesama mereka pun mengagungkan dialek masing-masing) yang mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia (tulis bahasa Melayu nanti dia orang ini komplen) bukan punca seseorang murid itu dapat menguasai pembelajaran bahasa Malaysia tetapi lebih kepada sikap guru yang mengajar itu sendiri. Jika seorang guru yang fasih bahasa Mandarin dan bahasa Malaysia dan diarahkan mengajar bahasa Malaysia tetapi tidak mengajar bahasa Malaysia itu dengan betul atau mempunyai ciri-ciri guru yang menjadi tarikan murid-murid, murid-muridnya juga tidak akan dapat menguasai pengajarannya.

Kepala otak saya teringat kepada pengalaman anak perempuan saya semasa di sebuah SJK(C), bukan sahaja dia tidak dapat menguasai bahasa Mandarin malah bahasa Malaysia. Bukan itu sahaja, dia menjadi sangat benci kepada kedua-dua bahasa itu. Nak dikatakan dia memang lemah dalam bidang bahasa tidak pula sebab dia cukup fasih berbahasa Inggeris! Pastinya ini berpunca dari cara pengajaran guru BM dan Mandarinnya yang kononnya fasih kedua-dua BM dan Mandarin. Saya terpaksa memindahkannya ke sebuah SK ketika dia berada penghujung Tahun 5 dan dalam tempoh satu tahun di Tahun 6 di SK itu penguasaan BM bertambah baik berkali ganda walaupun pada akhirnya dia masih gagal satu kertas BM dalam UPSRnya. Yang penting dia berasa lebih gembira berada di SK dalam tempoh satu tahun itu. Sekiranya dia terus belajar di SJK(C) lamanya, saya jangka dia akan gagal 4 kertas (2 kertas BM, 2 kertas Mandarin) dan tidak mungkin akan dapat 3 biji A bagi mata pelajaran yang lain! Sekarang dia belajar di SMK dan penguasaan BMnya makin baik dan bahasa Mandarin dia hanya belajar sebagai POL sahaja dan tidak akan ambil Mandarin dalam PMRnya. Jangan marah pada dia kerana itu sebab saya tahu ramai murid di SMJK pun tidak mahu ambil Mandarin dalam PMR atau SPM, tetapi terpaksa ambil kerana dipaksa oleh SMJK masing-masing.

Soal seorang murid Cina dapat menguasai pembelajaran BM bukan kerana gurunya tidak fasih berbahasa Mandarin. Lihat pada betapa ramainya orang 'pisang' (orang 'pisang' ialah gelaran bagi orang Cina yang diprejudiskan sebagai orang Cina yang tidak tahu berbahasa Mandarin atau bukan dari sekolah Cina, oleh kaumnya sendiri yang kononnya sebagai penjuang danpenjaga bahasa Mandarin) yang fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia. Kenapa mereka ini boleh begitu fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia, pada hal semasa mereka belajar di sekolah rendah tidak perlu pun ada guru yang fasih bahasa Cina (apa-apa dialek Cina pun) yang mengajar mereka dalam bahasa Inggeris atau Malaysia. Kenapa mereka ini boleh begitu fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia. Pastinya kerana pengajaran guru-guru mereka dalam bahasa Inggeris atau Malaysia yang dapat menarik minat mereka gembira untuk belajar walaupun tidak faham pada mulanya.

Sekarang mereka ini telah fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia dan ramai dari mereka ini telah berjaya dalam bidang profesional masing-masing dan banyak daripada bidang-bidang ini adalah yang bukannya menjadi tradisi Cina mengikut pandangan pejuang-pejuang bahasa Mandarin ini tetapi adalah bidang-bidang yang baru yang menjadikan mereka ini sebagai masyarakat antarabangsa. Tetapi malangnya mereka digelar pula sebagai orang 'pisang', kononnya tidak tahu berbahasa Mandarin. Bukankah ini satu bentuk irihati pejuang-pejuang bahasa Mandarin ini terhadap kaumnya sendiri yang fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia dan berjaya dalam bidang-bidang profesional mereka yang bertaraf antarabangsa, sedangkan pejuang-pejuang ini sendiri tidak fasih berbahasa Inggeris atau Malaysia dan terperangkap dalam bidang tradisi mereka itu. Jadi untuk menutup kelemahan dan 'envy' mereka yang tidak fasih berbahasa antarabangsa dan tidak dapat turut serta sebagai masyarakat antarabangsa, mereka pun menggelarkan kaum mereka sendiri yang berjaya itu sebagai orang 'pisang'. Tidakkah keterlalauan mereka ini?

Satu statik rambang, mungkin dari segi statistik inferensi tidak memberi signifiken.
1. Untuk menjadi seorang pengetua di SMJK, calon itu mesti mempunyai kredit bahasa Mandarin dalam SPM. Ini kononnya untuk memastikan SMJK dikepalai oleh seorang yang berpendidikan dan bersemangat Cina dan tidak akan tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang akan merugikan pendidikan Cina. Adakah ini benar? Apakah ukuran yang memutuskan mereka yang mempunyai kredit bahasa Mandarin dan berpendidikan Cina sahaja akan memperjuangkan pendidikan Cina? Siapakah yang lebih bersemangat memajukan pendidikan Cina, adakah pengetua SMJK ini yang menghantar semua anak ke SK atau seorang Cina lain yang tidak mempunyai kredit Mandarin tetapi menghantar semua anaknya ke SJK(C)? Apa lagi kalau pengetua itu tidak menganut amalan 'agama' tradisi Cina? Seorang Cina yang tidak mempunyai kredit Mandarin, atau tidak belajar di SJK(C), tidak mampukah mereka memajukan, mempertahankan dan memartabatkan pendidikan Cina. Adakah hak untuk memajukan pendidikan Cina 100% dimonopoli oleh pejuang-pejuang bahasa Mandarin ini sahaja? Siapakah yang bagi mereka hak ini dan siapakah yang bagi mereka hak untuk menidakkan DNA kaum mereka sendiri yang tidak bersekolah di SJK(C) sehingga digelar kaum sendiri sebagai orang 'pisang' dan prejudis terhadap keupayaan, kesetiaan dan dedikasi untuk memajukan pendidikan Cina!

2. Ramai rakan-rakan yang berpendidikan Cina menghantar semua anak mereka ke SK sedangkan ramai yang tidak berpendidikan Cina pula menghantar semua anak mereka ke SJK(C). Apakah makna ini?

3. Ramai rakan berpendidikan Cina semasa di universiti dahulu meluahkan rasa kesal tidak belajar di SK atau SRK (mungkin ketika itu dalam bahasa Inggeris) kerana merasa kehilangan sesuatu! Sebaliknya yang tidak berpendidikan Cina berharap mereka berpeluang mempelajari bahasa Mandarin semasa di sekolah dahulu!

Kalau nak kiasu pun janganlah sampai macam itu sekali sehingga semuanya salah orang lain! Sendiri semuanya baik! Terlalu prejudis terhadap orang lain malah sesama kaum sendiri yang tidak serupa dengan mereka. Orang Cina Singapura pun dikata mereka kiasu, orang Cina dari Taiwan digelar 'pedagang atau pelabur angin', orang Cina dari tanah besar China digelar 'tak boleh dipercayai' atau 'pengemis', orang Cina di Hong Kong dan Macau mungkin digelar sebagai 'penggosok penjajah Inggeris', orang Cina di USA lagilah besar 'pisang'nya, jadi apakah bezanya dengan sikap kiasu yang ditunjukkan ini? Pokoknya semua ini adalah kerana kikikukiki. (Tanyalah orang Kantonist apakah maksudnya)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...